LIEW YEN LEE

BSc (Nutrition & Community Health)

Sheila Majid

Cik Liew Yen Lee merupakan Pakar Pemakanan Senior yang dipertanggungjawabkan oleh Fonterra Brands (Malaysia) ke atas bidang kesihatan tulang dan juga jenama Anlene itu sendiri. Antara tugas yang dipertanggungjawabkan ialah membantu Pengurus Saintifik dan Pemakanan untuk memberikan bantuan teknikal pemakanan dan kepakaran kepada pasukan pemasaran dan pembangunan produk baharu.


Minat beliau yang mendalam terhadap pemakanan dan cara hidup yang sihat telah mendorong beliau menjadi seorang pakar pemakanan dengan Ijazah Sains Pemakanan dan Kesihatan Komuniti dari Universiti Putra Malaysia.

Sebagai seorang Pakar Pemakanan Senior, beliau memainkan peranan dalam memelihara integriti produk tenusu, dan memberikan pilihan produk Anlene yang penuh dengan kebaikan kepada pengguna di Malaysia. Selain daripada itu, beliau juga berperanan dalam menulis dan menyiarkan maklumat pemakanan yang tepat dan diyakini untuk meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan kesihatan tulang di kalangan rakyat Malaysia.
Beliau juga menumpukan usahanya dalam memberikan latihan dalaman kepada para pekerja dan pelanggan, selain meningkatkan kesedaran terhadap kesihatan tulang dan pergerakan kepada umum.

 

Lihat pakar sebelumnya                                                   Lihat pakar seterusnya

 

Tebus sampel Anlene percuma anda sekarang!