LINDA SCHOLLUM

BSc (Hons) 1st Class, PHD

Sheila Majid

Linda merupakan Ketua Saintis Penyelidik ke atas Fonterra Co-operative Group Ltd. yang berpusat di Palmerston North, New Zealand. Beliau bertanggungjawab ke atas portfolio penyelidikan kesihatan yang memberikan sokongan sains untuk jenama Anlene.

Beliau mempunyai Ijazah Kepujian dalam Sains dan Ijazah Kedoktoran dalam Mikrobiologi dan Imunologi dari Universiti Massey. Beliau merupakan seorang penyelidik yang aktif dan telah bertugas selama 40 tahun serta telah memberikan lebih daripada 60 penyampaian dan penerbitan penyelidikan.

Linda memulakan kerjayanya dalam bidang veterinar dan penyelidikan kesihatan dan terlibat dalam diagnostik, pembangunan penilaian, pembangunan vaksin dan ujian keberkesanan, saringan bioaktiviti, epidemiologi dan kesihatan awam. Beliau juga merupakan seorang pakar perunding dalam Keselamatan Makanan untuk memastikan keselamatan mikrobiologi, kebersihan kilang, penyelesaian masalah dan pengauditan makmal.

Beliau juga mempunyai pengalaman dalam industri tenusu selama lebih 25 tahun dengan memberikan penekanan dalam kesan fisiologi dan kebaikan pelbagai komponen dan produk susu untuk kesihatan. Penyelidikan yang diceburi termasuk dalam assai in vitro, penyelidikan in vivo binatang, praklinikal dan kajian klinikal manusia dan meliputi aspek seperti modulasi imunisasi/ imuniti pasif/ sifat-sifat anti jangkitan, fungsi gastrousus, bioavailability mineral, peptide mengurangkan tekanan darah dan baru-baru ini kesihatan musculoskeletal (tulang, sendi dan otot).

Ketika ini beliau telah dipertanggungjawabkan untuk membantu Universiti Massey selama 5 tahun untuk menubuhkan Pusat Penyelidikan Susu dan Kesihatan, yang merupakan sebahagian dari Institut Makanan, Nutrisi dan Kesihatan Manusia. Beliau kini masih aktif sebagai tenaga pengajar untuk program pengajian lepasan ijazah. Linda juga merupakan sebahagian daripada pasukan asal yang membangunkan platform kesihatan tulang untuk New Zealand Milk (sekarang dikenali sebagai Perniagaan Berasaskan Konsumer Jenama Fonterra), dan juga merupakan ahli yang aktif dalam program penyelidikan yang berkaitan dengan kesihatan tulang.

Dalam memikul tugasnya yang terbaru, beliau bertanggungjawab untuk inovasi berdasarkan sains baharu untuk Anlene™ - mengenalpasti dan mengatur penilaian terhadap potensi kandungan baharu atau teknologi untuk menilai kebaikan terhadap kesihatan musculoskeletal. Ini melibatkan kerjasama dengan pembekal kajian untuk saringan in vitro, penyelidikan haiwan, praklinikal dan kajian klinikal manusia. Beliau kini juga aktif dalam kajian mengenai biologi tulang, otot dan sendi; mengalisis bahan bacaan sains, paten dan lain-lain untuk mengenal pasti bahan-bahan inovasi yang baharu, teknologi dan peluang-peluang komunikasi konsumer; menilai landskap IP; membekalkan nasihat sains dan sokongan pasaran; mereka kajian, memantau kemajuan pemantauan, menterjemahkan hasil kajian dan kemudian membantu dalam mengaitkan hubungan antara pengetahuan saintifik dan keperluan perniagaan/ pemasaran.

Sebahagian besar daripada usahanya adalah menghubungkan keperluan perniagaan Anlene™ dengan rangkaian pakar penyelidikan luaran yang penting untuk membekalkan sains yang terbaik dan diyakini.

 

Lihat pakar sebelumnya                                                   Lihat pakar seterusnya

 

Tebus sampel Anlene percuma anda sekarang!