10 cara untuk Mengurus Stres dan Mengawal Tekanan Darah 

Setiap kali anda berasa marah atau rasa tertekan, kesihatan jantung anda akan terjejas. Ini kerana stress berkat rapat dengan tekanan darah tinggi, salah satu daripada 3 penyumbang utama kepada sakit jantung. Berikut merupakan beberapa panduan untuk menguruskan stres, mengawal tekanan darah, dan menjaga kesihatan jantung anda: 

 

1.      AMALKAN PENGURUSAN MASA

Luangkan masa yang secukupnya untuk setiap tugasan. Sikap realistik membantu anda menilai masa yang diperlukan dan elakkan diri daripada melakukan sesuatu dalam masa yang singkat.

 

2.      HADKAN KOMITMEN 

Tentukan keutamaan dan “Tunda” tugasan berdasarkan kepentingan setiap pilihan. Ini mampu meringankan bebanan dan memberikan anda lebih masa peribadi untuk relaks. 



3.      KENALI SITUASI ANDA

Kenali perkara dan situasi dalam atau luar kawalan anda. Terima realiti yang tidak mampu dikawal dan fokus kepada perubahan yang boleh anda lakukan. 

 

4.      SELESAIKAN SEGERA

Kenali masalah yang boleh anda atasi dan ambil langkah penyelesaian yang sewajarnya. Mintalah bantuan jika anda memerlukannya. 

 

5.      ELAKKAN PUNCA STRES

Ketahui penyebab stres dan elakkan. 

 

6.      AMBIL MASA UNTUK RELAKS

Tarik nafas dan rehatlah selama 15 hingga 20 minit dalam suasana yang tenang. 

 

7.      MENJALIN HUBUNGAN YANG POSITIF

Rapatkan hubungan yang menyokong dan membina peribadi positif anda. 

 

8.      KEKAL AKTIF

Sertai sebarang aktiviti fizikal yang anda suka. Senaman membantu melegakan stres anda. 

 

9.      SENTIASA POSITIF

Fokus kepada perkara-perkara yang positif dalam kehidupan. Ini akan memberikan perasaan yang positif tentang masa depan. 

 

10.      LAKUKAN AKTIVITI KEGEMARAN

Lebihkan aktiviti seperti hobi, kerja sukarela, meluangkan masa untuk orang tersayang, atau perkara lain yang membawa kebahagiaan kepada anda. Buatlah rancangan yang akan anda nikmati kerana ia merupakan kunci kepada kehidupan yang bebas stress dan penuh bermakna. 

Discover AnleneMove benefits and claim your FREE sample now