5 TIP PENJAGAAN KESIHATAN JANTUNG 

Percayakan anda? Pasangan yang mementingkan penjagaan kesihatan jantung akan hidup lebih sihat dan sejahtera. Ikutilah 5 tip-tip berikut untuk menjaga kesihatan jantung dan serlahkan jiwa muda anda bersama orang tersayang. 

 

1.      KEKALKAN BERAT BADAN YANG SIHAT

Berat badan yang sihat ialah indeks jisim tubuh (IJT) di antara 18.5 dan 24.9. Anda disarankan untuk mengurangkan berat badan jika IJT anda melebihi tahap 25 kerana ia dapat membantu mengurangkan tahap gula darah dan tekanan darah anda.

 

2.      KEKALKAN TAHAP KOLESTEROL, TEKANAN DARAH DAN GULA DARAH DALAM LINGKUNGAN NORMAL 

Lakukan pemeriksaan tahunan yang lengkap bagi memantau tahap kolesterol, tekanan darah dan gula darah bagi mengekalkan kesihatan jantung yang baik. Amallah diet yang seimbang dan teruskan gaya hidup yang aktif. 



3.      AMALKAN DIET YANG BAIK UNTUK JANTUNG

Pilih makanan yang rendah dengan lemak tepu dan kolesterol. Pilih bahagian daging yang kurang berlemak, dan kurangkan makanan bergoreng. Makan ikan setiap hari dan pilih ikan laut dalaman (cth. Ikan Salmon atau Sardin) 2 kali seminggu. Makan buah-buahan dan sayuran kerana mereka merupakan sumber serat, vitamin-vitamin dan mineral, serta fitokimia yang baik untuk jantung anda. Di samping itu, adalah dijalakkan untuk mengurangkan pengambilan garam dan gula. 

 

4.      KEKAL AKTIF SECARA FIZIKAL

Tabiat bersenam membantu mengekalkan tahap tekanan darah, gula darah dan kolesterol darah dalam lingkungan yang sihat. Pilihlah aktiviti yang anda suka, dan tingkatkan kekerapan anda mengikut masa. 

 

5.      PENGURUSAN STRES

Jangan pandang stres sebelah mata. Stres yang berlebihan mungkin merupakan punca tekanan darah meningkat dan meningkatkan bebanan terhadap jantung kita. Digalakkan untuk melakukan aktiviti seperti yoga dan meditasi kerana ia dapat membantu menenangkan diri dan mengurangkan stres. 

Tebus sampel Anlene percuma anda sekarang!