FAKTA MENGENAI TULANG, SENDI & OTOT

Tulang, sendi dan otot yang sihat bukan sahaja memberikan kebaikan secara fizikal kepada postur, keseimbangan diri, stamina dan kekuatan, tetapi ia juga mempengaruhi emosi anda. Kenapa? Sebab ia memberikan kebebasan untuk bergerak semuda jiwa anda, lebih lama!

Penjagaan tulang, sendi dan otot anda memerlukan aktiviti fizikal yang kerap dan juga yang seimbang. Berikut merupakan beberapa cara yang boleh anda lakukan mulai hari ini:

 

1.      TULANG

Tulang anda merupakan asas kepada pergerakan anda. Ia dibantu oleh otot dan sendi untuk bergerak.

Tahukan anda bahawa tulang kita sentiasa berubah?

Tulang merupakan tisu-tisu hidup yang mengandungi mineral-mineral seperti Kalsium dan Fosforus, di samping itu juga mengandungi Kolagen, Protein, sel-sel serta air. Kandungan tersebut memainkan peranan yang penting dalam penukargantian tulang, atau dalam perkataan lain, pembentukan semula tulang. Dalam proses ini, tulang yang lemah akan diuraikan dan digantikan oleh tulang yang baru. Tahukah anda bahawa 4-10% jumlah permukaan tulang anda sedang digantikan pada masa-masa tertentu?

Proses ini terjadi secara berterusan untuk mengekalkan kesihatan tulang di sepanjang hayat kita. Namun, proses ini mungkin menjadi kurang efektif dengan peningkatan usia – dan lama-kelamaan akan mengakibatkan kehilangan jisim tulang. Proses kehilangan jisim tulang ini mungkin bermula seawal usia 30’an, dan jika tidak mengambil langkah berjaga-jaga yang betul, ini lama-kelamaan akan mengakibatkan osteoporosis – penyakit tulang yang berlaku secara progresif dan meningkatkan risiko keretakan tulang!

Jadi bagimanakah caranya untuk mengekalkan kesihatan tulang saya?

Sentiasa memastikan diet harian anda mengandungi jumlah Kalsium dan Vitamin D yang mencukupi! Kalsium diperlukan untuk menyokong proses pembentukan semula tulang, dan Vitamin D bagi membantu penyerapan Kalsium secara efektif demi kesihatan tulang yang optima.

Jadi, anda perlu mengingati 2 nutrien ini.

 

2.      SENDI

Seperti tulang, kesihatan sendi juga penting untuk membolehkan pergerakan anda. Sendi ialah sambungan pertemuan dua atau lebih tulang, dan menyokong pergerakan serta fleksibiliti untuk tubuh anda. Di hujung tulang tersebut, ia dilindungi oleh tulang rawan. Tulang rawan menyerap impak dan mengurangkan geseran supaya anda boleh bergerak dengan mudah!

Malah, tulang rawan juga sentiasa berubah sama seperti tulang anda!

Namun, apabila usia kita semakin meningkat, tulang rawan mungkin menjadi semakin lemah. Jika tidak diperbaiki dengan cepat, ia mungkin akan mengakibatkan kehilangan tulang rawan. Ini akan mengurangkan mobiliti dan fleksibiliti – dan mungkin menyumbang ke arah pembentukan osteoarthritis.

Adakah anda mengambil Kolagen dalam diet anda?

Anda patut sebenarnya, kerana kolagen dalam diet boleh diserap oleh tubuh dan membantu dalam penjagaan tulang rawan – komponen utama untuk kesihatan sendi! Sebab itulah Anlene dengan MoveMax™ dirumus khas untuk membekalkan Kolagen yang anda perlukan supaya ia menjadi sebahagian daripada diet harian yang seimbang dalam menyokong kesihatan sendi anda.

 

3.      OTOT

Sesetengah orang bersenam di gim untuk membina otot yang lebih besar dan mungkin kelihatan lebih baik. Tetapi, tahukan anda bahawa di sebalik tubuh dan wajah yang kelihatan cantik, kesihatan otot yang baik adalah penyumbang utama kepada mobiliti sepanjang hayat anda?

Pengecutan otot menghasilkan daya dan pergerakan badan, oleh itu, pengekalan jisim otot yang baik dengan mengambil nutrien yang sesuai adalah penting untuk tubuh anda supaya ia dapat bergerak seperti yang anda inginkan.

Akan tetapi, apabila usia kita semakin meningkat, kehilangan otot yang juga dikenali sebagai sarcopenia akan berlaku: Keadaan yang menyumbang kepada kehilangan kekuatan fizikal dan menjejaskan pergerakan, yang seterusnya memberi kesan negatif terhadap kepada kehidupan harian kita.

Jisim otot orang dewasa dianggarkan berkurangan sebanyak 30% semasa berumur di antara 20 - 80 tahun.

Berita baiknya: Bersenam dengan kerap merupakan cara yang baik untuk mengurangkan kesan-kesan kehilangan otot apabila usia kita semakin meningkat. Tambahan pula, anda digalakkan supaya mengambil nutrien penting seperti Protein dan Magnesium untuk menyokong otot, dan membantu mengurangkan kehilangan otot anda! Semua ini penting supaya anda boleh melakukan apa yang anda suka pada masa yang akan datang.

Ingin membuat perubahan mulai hari ini? Cubalah Anlene MoveMax™. Ia merupakan produk susu yang tinggi dalam Kalsium, Protein dan Magnesium serta mengandungi Kolagen yang dirumus khas untuk membantu menjaga kesihatan tulang, sendi dan otot anda. Jadi, anda boleh bergerak semuda jiwa anda.

Amalkan diet yang seimbang termasuk meminum susu seperti Anlene Heart-Plus™ atau Anlene MoveMax™ untuk membantu menjaga kesihatan tulang, sendi dan otot anda. Bukan itu sahaja, Anlene Heart-Plus™ juga dirumus khas dengan HeartMax™ yang mengandungi nutrien-nutrien penting untuk menbantu menjaga kesihatan jantung anda.

Tebus sampel Anlene percuma anda sekarang!