Fonterra Brands (Malaysia) Sdn Bhd (termasuk apa-apa anak syarikat dalam masa hadapan, syarikat-syarikat berkaitan dan entiti dikawal bersama) (" Fonterra") yang memiliki dan mengurus di antaranya Produk dan Perkhidmatan Anlene menyedari kepentingan privasi dan sensitiviti data. Selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“Akta”), notis ini (“notis ini”) adalah untuk memaklumkan kepada anda bagaimana kami mengumpul dan memproses data peribadi anda.

Dengan membekalkan kami data peribadi anda, dengan mengakses dan /atau menggunakan laman web kami, dengan berinteraksi dengan kami atau dengan melibatkan kami untuk menyediakan apa-apa perkhidmatan kepada anda, anda bersetuju membenarkan kami mengumpul dan memproses data peribadi anda dengan cara yang dinyatakan di dalam Notis ini.

Notis ini boleh dipinda dan diubahsuai dari masa ke semasa. Kami menasihatkan anda untuk memeriksa laman web kami dari masa ke semasa bagi sebarang pindaan atau pengemaskinian kepada Notis ini. Sekiranya anda terus berkomunikasi dengan kami, mengakses dan/atau menggunakan laman web kami, melibatkan kami untuk menyediakan perkhidmatan kepada anda, ia akan mengesahkan persetujuan dan penerimaan anda kepada pindaan atau pengemaskinian kepada Notis ini.

Jenis-jenis Data Peribadi

Data peribadi adalah ditakrifkan di bawah Akta sebagai apa-apa maklumat berkenaan dengan transaksi komersial yang berhubungan secara langsung atau tidak langsung dengan seorang subjek data, yang dikenal pasti atau boleh dikenal pasti daripada maklumat itu atau daripada maklumat itu dan maklumat lain dalam milikan seorang pengguna data, termasuk apa-apadata peribadi sensitif dan penyataan pendapat tentang subjek data itu;

Data peribadi yang sensitif ertinya apa-apa data peribadi yang mengandungi maklumat tentang kesihatan atau keadaan fizikal atau mental seorang subjek data, pendapat politiknya, kepercayaan agamanya atau kepercayaan lain yang bersifat seumpamanya, pelakuan atau pengataan pelakuan apa-apa kesalahan olehnya atau apa-apa data peribadi lain yang ditentukan oleh Menteri melalui perintah yang disiarkan dalam Warta;

Penyataan pendapat termasuk suatu kenyataan fakta yang tidak dapat ditentusahkan atau dalam segala hal keadaan mengenai hal itu penentusahannya tidak dapat dilaksanakan

Pengumpulan Data Peribadi

Data Peribadi yang dikumpul dan diproses (kini dan pada masa hadapan dari masa ke semasa) boleh termasuk (bergantung kepada hubungan komersial anda dengan kami) tetapi tidak terhad kepada nama, nombor kad pengenalan (NRIC No.), nombor sijil kelahiran, nombor pasport, kewarganegaraan, umur, alamat, nombor telefon, nombor faks, maklumat bank, bangsa, jantina, tarikh lahir, tarikh penyampaian bayi, status perkahwinan, status pemastautin, latar belakang pendidikan, latar belakang kewangan, benda yang dimininati secara peribadi, alamat e-mel, pekerjaan anda, jawatan anda dalam syarikat anda, butir-butir syarikat anda, industri di mana anda bekerja, apa-apa maklumat mengenai anda yang anda berikan kepada Fonterra dalam borang pendaftaran, borang permohonan, dan apa-apa borang yang serupa dan/atau apa-apa maklumat mengenai anda yang telah atau mungkin dikumpul, disimpan, digunakan dan diproses oleh Fonterra dari masa ke semasa dan termasuk data peribadi yang sensitif seperti data yang berkaitan dengan kesihatan (termasuk status kehamilan , status kesihatan anda atau anak anda), agama atau apa-apa kepercayaan yang serupa, maklumat setiap ahli keluarga, atau kepercayaan lain yang serupa dan juga penyataan pendapat.

Pembekalan Data Peribadi anda adalah secara sukarela. Walau bagaimanapun jika anda tidak memberi Data Peribadi anda kepada Fonterra, Fonterra tidak akan dapat memproses Data Peribadi anda untuk tujuan-tujuan dan tujuan tambahan yang dinyatakan di bawah.

Data yang diminta oleh kami adalah wajib yang mana anda mesti membekalkan kepada kami dan bersetuju dengan pemprosesan data yang wajib itu, kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan kami tidak akan dapat meluluskan atau membenarkan anda untuk meneruskan keahlian anda atau menyediakan anda maklumat, kemas kini, produk atau perkhidmatan yang anda minta.

Sumber di mana Data peribadi boleh diperolehi

Selain daripada Data Peribadi yang anda berikan kepada Fonterra secara langsung atau di bawah jenama Fonterra masing-masing, Fonterra kemungkinan memperolehi Data Peribadi anda daripada pelbagai sumber seperti:

  • Borang permohonan, borang maklum balas, borang pendaftaran atau borang lain yang serupa;
  • Dari forum media sosial Fonterra termasuk tetapi tidak terhad kepada halaman Facebook, jika anda mengikuti (“follow”), suka (“like”) atau menjadi seorang peminat (“fan”) laman tersebut;
  • Apabila anda berinteraksi dan berkomunikasi dengan Fonterra melalui butir-butir hubungan kami, pusat panggilan, talian penjagaan, penganjur dan penasihat;
  • Apabila anda berinteraksi dan berkomunikasi dengan Fonterra di mana-mana acara atau aktiviti;
  • Apabila anda mengambil bahagian dalam pertandingan anjuran Fonterra;
  • Dengan menggunakan laman web Fonterra atau laman web Anlene yang berkaitan, yang merangkumi semua laman web yang dikendalikan oleh Fonterra dan di bawah jenama masing-masing ("laman web"). Senarai laman web boleh didapati di direktori Perniagaan di "https://www.fonterra.com"; dan
  • “Cookies” yang digunakan di laman web.

Tujuan Pemprosesan

Fonterra mungkin menggunakan dan memproses Data Peribadi anda untuk aktiviti-aktiviti dan perniagaan Fonterra yang termasuk tanpa had berikut (“Tujuan tersebut”):-

  • Untuk melaksanakan tanggungjawab Fonterra yang berkenaan dengan apa-apa kontrak yang dibuat dengan anda;
  • Untuk memberi anda segala perkhidmatan atau produk yang diminta;
  • Memproses permintaan/langganan/pesanan anda dan menyampaikan permintaan/pendaftaran/pesanan kepada anda;
  • Memproses pembelian dan/atau permintaan anda;
  • Memproses penyertaan anda dalam mana-mana acara, aktiviti, kumpulan fokus, pertandingan, promosi;
  • Memproses, mengurus atau mengesahkan permohonan anda untuk langganan dengan Fonterra dan untuk memberikan anda manfaat yang ditawarkan kepada pelanggan/ahli kami;
  • Untuk mengesahkan pembelian anda dan proses pembayaran yang berkaitan dengan mana-mana produk atau perkhidmatan yang anda minta;
  • Untuk memahami dan menganalisis jualan kami serta keperluan dan pilihan anda;
  • Membangunkan, meningkatkan dan menyediakan produk dan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan anda;
  • Memproses pentukaran atau pemulangan produk; dan
  • Untuk menjalankan penyelidikan dan pengajian statistik undian dan tinjauan.
  • Secara umumnya, untuk:
  • menjawab soalan-soalan , komen dan maklum balas daripada anda;
  • berkomunikasi dengan anda untuk mana-mana tujuan yang disenaraikan dalam Notis ini;
  • Untuk tujuan pentadbiran dalaman seperti audit, analisis data, rekod pangkalan data;
  • Untuk tujuan pengesanan, pencegahan dan pendakwaan jenayah; dan
  • Untuk Fonterra mematuhi obligasinya di bawah undang-undang;

Dan anda bersetuju dan membenarkan Fonterra menggunakan dan memproses Data Peribadi anda untuk Tujuan tersebut dan mengikut cara yang seperti yang dikenal pasti dalam Notis ini

Tujuan Pemasaran dan Promosi

Fonterra juga mungkin mengumpul dan memproses Data Peribadi anda untuk tujuan lain seperti (“Tujuan Tambahan”):-

  • Untuk menghantar peringatan, surat berita, pengemaskinian, mel, bahan promosi, hak istimewa, salam perayaan dari Fonterra, rakan-rakan kongsi, penaja atau pengiklan
  • Untuk memberitahu anda dan menjemput anda untuk acara-acara atau aktiviti yang dianjurkan oleh Fonterra, rakan-rakan kongsi, penaja atau pengiklan
  • Memproses pendaftaran anda untuk menyertai atau menghadiri acara atau aktiviti dan untuk berkomunikasi dengan anda mengenai kehadiran anda di acara atau aktiviti
  • Untuk berkongsi Data Peribadi anda dengan rakan kongsi , pengiklan, syarikat acara atau penaja yang boleh berkomunikasi dengan anda untuk memasarkan produk , perkhidmatan, acara atau promosi mereka

Melalui pos, panggilan telefon, khidmat pesanan ringkas (SMS) , aplikasi-aplikasi, samada melalui serahan tangan dan/atau melalui e-mel.

Jika anda tidak bersetuju untuk membenarkan Fonterra memproses Data Peribadi anda untuk Tujuan Tambahan, sila memaklumkan kepada Fonterra menggunakan butir-butir hubungan yang dinyatakan di bawah.

Pemindahan Data Peribadi

Data Peribadi anda boleh dipindahkan untuk diproses dalam bidang kuasa lain selain Malaysia, kepada syarikat-syarikat di bawah Fonterra yang terletak di luar Malaysia dan/atau di mana “server” Fonterra terletak di luar Malaysia. Anda memahami dan bersetuju dengan pemindahan Data Peribadi ke luar Malaysia sebagaimana yang dinyatakan di dalam ini.

Pendedahan kepada Pihak Ketiga

Data Peribadi anda boleh dipindahkan atau didedahkan kepada pihak ketiga bagi Tujuan tersebut dan Tujuan Tambahan. Selanjutnya, Fonterra mungkin melibatkan syarikat-syarikat lain, pembekal perkhidmatan atau individu untuk melakukan fungsi-fungsi bagi pihaknya, dan seterusnya boleh memberi akses atau pendedahan Data Peribadi anda kepada pembekal perkhidmatan atau pihak ketiga. Pihak-pihak ketiga yang disebut dalam seksyen ini termasuk (tanpa had):-

  • Ejen penghantaran seperti ejen perkhidmatan kurier, posmen;
  • Rakan-rakan kongsi dan pengiklan, termasuk pihak dengan siapa Fonterra bekerjasama dengan untuk acara-acara tertentu, program dan aktiviti;
  • Syarikat pengurusan acara dan penaja acara;
  • Syarikat penyelidikan pemasaran;
  • Pembekal perkhidmatan, termasuk teknologi maklumat (IT), pembekal perkhidmatan infrastruktur, perisian dan kerja kemajuan;
  • Pelayan web dan pengurus (Web server hoster and manager), pengurus hubungan pelanggan, syarikat-syarikat pengurusan kandungan;
  • Pusat panggilan dan pasukan pengurusan program kesetiaan;
  • Penasihat profesional dan juruaudit luar, penasihat undang-undang, penasihat kewangan dan perunding;

Data Peribadi anda juga boleh didedahkan dalam aktiviti harian operasi perniagaan dan juga berkaitan dengan urus niaga korporat, seperti penjualan anak syarikat atau pembahagian, penggabungan, penyatuan, atau jualan aset, atau di dalam kemungkinan untuk penggulungan.

Akses & Pembetulan

Tertakluk kepada apa-apa pengecualian di bawah undang-undangyang terpakai, anda boleh meminta akses kepada dan/atau meminta pembetulan terhadap Data Peribadi anda dan/atau untuk menghadkan pemprosesan Data Peribadi anda dengan cara yang dinyatakan dalam Notis ini dan/atau membuat sebarang pertanyaan mengenai Data Peribadi anda dengan menghubungi:-

Pegawai yang bertanggungjawab: Perkhidmatan Pelanggan (Perlindungan Data)

No. Telefon: 1800-88-3122

Waktu Operasi: 09:00-17:00 dari Isnin- Jumaat kecuali cuti umum

Fonterra merizabkan haknya untuk mengenakan bayaran untuk akses Data Peribadi anda dalam jumlah yang dibenarkan di bawah undang-undang.

Berkenaan dengan hak anda untuk meminta untuk akses dan/atau permintaan untuk membetulkan Data Peribadi anda, Fonterra mempunyai hak untuk menolak permintaan tersebut berdasarkan sebab-sebab yang dibenarkan di bawah undang-undang, seperti di mana perbelanjaan dalam menyediakan akses kepada anda adalah tidak seimbang dengan risiko kepada anda atau privasi orang lain.

Jika anda tidak mahu untuk Data Peribadi yang akan dikumpul melalui “cookies” di laman web , anda boleh menyahaktifkan “cookies” dengan melaraskan tetapan pelayar internet anda untuk melumpuhkan, blok atau menyahaktifkan “cookies”, dengan memadamkan sejarah pelayaran anda dan membersihkan “cache” dari pelayar internet anda.

Pautan ke Laman Web Pihak Ketiga

Laman-laman web mungkin mengandungi pautan ke laman-laman web pihak ketiga. Sila ambil perhatian bahawa Fonterra tidak bertanggungjawab untuk pengumpulan, penggunaan dan/atau pendedahan Data Peribadi oleh pihak ketiga. Jika anda memberi Data Peribadi anda terus ke laman-laman web tersebut , dasar privasi dan syarat-syarat perkhidmatan di situ berkaitan dan Fonterra tidak bertanggungjawab untuk amalan pemprosesan atau dasar privasi laman-laman tersebut.

Maklumat peribadi daripada Bawah umur dan Individu Lain-lain

Sebagai ibu bapa atau penjaga yang sah bagi orang bukan dewasa, anda dengan ini mengakui dan bersetuju untuk pemprosesan dan pendedahan Data Peribadi orang di bawah jagaan anda oleh Fonterra dengan cara yang dinyatakan dalam Notis ini. Kapasiti di mana anda mungkin perlu memberi kebenaran untuk adalah seperti berikut:

- Sebagai ibu bapa/penjaga kepada orang yang di bawah umur 18 tahun.

- Sebagai seorang yang dilantik oleh mahkamah untuk menguruskan hal ehwal orang yang tidak dapat menguruskan hal ehwal sendiri

Di mana anda telah menyediakan Data Peribadi yang berkaitan dengan individu lain (seperti suami atau isteri, ahli keluarga atau rakan anda) anda mewakili dan menjamin bahawa anda diberi kuasa untuk memberi Data Peribadi mereka untuk Fonterra dan anda telah mendapatkan persetujuan mereka untuk Data Peribadi mereka diproses dan digunakan mengikut cara yang ditetapkan dalam Notis ini.

Obligasi untuk Menyediakan Data Peribadi

Kami mengakui bahawa anda mempunyai hak untuk menentukan Data Peribadi yang anda ingin berikan kepada kami. Walau bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa jika anda tidak memberi Data Peribadi anda atau menghadkan cara data itu diproses, ia berkemungkinan menghalang keupayaan kami dan/atau pelaksanaan perkhidmatan kami kepada anda, dan memenuhi Tujuan tersebut dan Tujuan Tambahan sebagaimana yang dinyatakan di dalam Notis ini.

Kami percaya bahawa anda bersetuju dengan syarat-syarat di atas berkenaan dengan pemprosesan Data Peribadi anda oleh kami. Sekiranya anda tidak menghubungi kami dalam tempoh empat belas ( 14) hari dari Notis ini , kami akan menganggap bahawa anda telah memilih untuk masuk. Sila hubungi pasukan Perlindungan Data Peribadi kami jika anda ingin memilih untuk keluar. Dalam apa jua keadaan, anda boleh menghubungi pasukan kami sekiranya anda ingin mendapat penjelasan mengenai apa-apa syarat yang terkandung di dalam Notis ini, dasar polisi yang dikemaskini dan pindaan akan datang yang berkaitan dengan Notis ini.

Polisi ini boleh didapati di dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Sekiranya berlaku percanggahan atau ketidakseragaman antara versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia, versi Bahasa Inggeris akan digunapakai.