FAQ Product

FAQ Product

Masih belum menemui jawapan kepada persoalan anda? Sila hubungi kami di 1800-88-3122 atau e-mel kami di info.anlene@fonterra.com. Kami sentiasa bersedia untuk membantu menjawab setiap soalan anda.

1. Apakah yang dimaksudkan dengan rumusan Anlene Baharu dengan MoveMax?

Anlene Baharu dengan MoveMax dirumus khas untuk membantu anda bergerak semuda jiwa anda. Rumusan ini masih mengandungi nutrien-nutrien penting yang sama untuk mengekalkan kesihatan tulang (Kalsium, Vitamin D, Magnesium, Zink dan protein). Kini ia juga mengandungi nutrien-nutrien tambahan pada tahap yang optimum untuk menyokong sendi dan otot anda (Kolagen, Vitamin B6, B12, C dan E).

Bukan sekadar untuk kesihatan tulang, Anlene dengan MoveMax membekalkan nutrien-nutrien penting yang membantu menyokong pergerakan keseluruhan dan kebebasan bergerak.

 

2. Apakah perbezaan antara Anlene dengan MoveMax dan Anlene sedia ada?

Anlene MoveMax dirumus khas untuk menyokong pergerakan keseluruhan dan untuk bergerak semuda jiwa anda. Rumusan terbaru ini mengandungi nutrien-nutrien penting yang sama untuk mengekalkan kesihatan tulang (Kalsium, Vitamin D, Magnesium, Zink dan Protein). Selain itu, ia juga mengandungi nutrien-nutrien tambahan yang membantu menyokong sendi dan otot anda (Kolagen, Vitamins B6, B12, C dan E). Semua nutrient-nutrien tambahan ini dioptimasikan untuk menyokong pergerakan semuda jiwa anda.

 

3. Manakah yang lebih baik, Anlene baharu dengan MoveMax atau Anlene sedia ada?

Anlene baharu dengan MoveMax dirumus khas untuk menyokong kesihatan tulang, otot dan sendi. Rumusan terbaru ini masih dilengkapi dengan nutrien-nutrien penting untuk mengekalkan kesihatan tulang (Kalsium, Vitamin D, Magnesium, Zink dan Protein). Ia juga dirumus dengan nutrien-nutrien tambahan untuk menyokong kesihatan sendi dan otot (Kolagen, Vitamins B6, B12, C dan E). Nutrien-nutrien ini dirumus pada tahap yang optimum untuk menyokong pergerakan keseluruhan dan kebebasan untuk bergerak.

 

4. Apakah kebaikan Anlene baharu dengan MoveMax?

Anlene baharu dengan MoveMax dirumus khas untuk menyokong kebebasan bergerak anda. Rumusan ini disediakan khas untuk memastikan ia mencerminkan sains terkini untuk menyokong pergerakan harian golongan dewasa.

Nutrien-nutrien dalam MoveMax bertindak pada beberapa peringkat dan membekalkan nutrien yang berikut untuk menyokong kesihatan tulang, sendi dan otot.

1. Membekalkan bahan binaan untuk tulang, sendi dan otot.

2. Melindungi badan daripada serangan radikal bebas, keradangan dan lain-lain.

3. Menyokong aktiviti fisiologikal yang menyumbang ke arah struktur dan fungsi tulang, sendi dan otot.

Dua hidangan Anlene baharu dengan MoveMax akan memberikan nutrien-nutrien untuk menyokong pergerakan keseluruhan dengan mengekalkan kesihatan tulang, sendi dan otot anda.

 

5. Apakah komponen spesifik Anlene baharu dengan MoveMax dan bagaimakah ia berkait rapat dengan pergerakan dan kebebasan untuk bergerak?

Nutrien utama untuk menyokong tulang merangkumi Kalsium, Vitamin D, Magnesium dan Zink.

Nutrien utama untuk menyokong sendi merangkumi Kolagen, Vitamin C dan E.

Nutrien utama untuk menyokong otot merangkumi Protein, Magnesium, Vitamin B dan D.

Semua nutrien ini menyokong pergerakan dan membantu anda bergerak semuda jiwa anda.

 

6. Siapakah yang boleh mengambil Anlene baharu dengan MoveMax?

Anlene baharu dengan MoveMax sesuai dinikmati oleh mereka yang ingin bergerak semuda jiwa mereka. Ia dirumus khas untuk semua pengguna Anlene sedia ada dan golongan dewasa tanpa mengira umur yang ingin memperbaiki pergerakan keseluruhan melalui penjagaan tulang, sendi dan otot mereka tanpa mengira umur. Dengan menyertakan nutrien-nutrien dalam diet seimbang mereka, dan disusuli oleh gaya hidup yang aktif, mereka kini semakin dekat untuk mengecapi pergerakan yang lebih baik.

 

7. Adakah terdapat bukti sains yang menyokong keterangan yang dibuat oleh Anlene baharu dengan MoveMax?

Anlene baharu dengan MoveMax dirumuskan berasaskan bukti-bukti sains yang kukuh dan objektif.

Anlene kini mengandungi MoveMax yang mengandungi nutrien-nutrien untuk menyokong tulang, sendi dan otot. Nutrien-nutrien dalam MoveMax termasuklah protein, kalsium, magnesium, zink, vitamin B2,B6, B12, C,D dan E, dan kolagen.