Yogurt buatan sendiri


BAHAN-BAHAN:

  • 3L susu
  • 50g susu tepung rumusan Anlene
  • 120ml yogurt biasa (dengan kultur aktif dan hidup)

KAEDAH:

  • Gaulkan susu tepung dengan susu.
  • Renehkan bersama susu dalam periuk masak perlahan sehingga 80°C.
  • Biarkan sejuk ke suhu 45°C.
  • Campurkan yogurt biasa dan bungkus dengan tuala dapur.
  • Mula-mula, panaskan oven sehingga 120°C dan kemudian matikan dan biarkan lampu oven terpasang.
  • Simpan periuk yang dibungkus tuala di dalamoven selama 8-9 jam.
  • Lapik penapis yang besar dengan kain keju dan kemudian tapis yogurt anda.
  • Tutup penapis dan letakkan di dalam peti sejuk selama 4-6 jam.
  • Buang sisa cecair dan kisar yogurt untuk tekstur yang lebih berkrim.
  • Pilihan: Tambah buah-buahan dan madu sebagai pemanis tambahan.

Tebus sampel Anlene percuma anda sekarang!

Ketahui Lebih Lanjut