Keluarga yang Kuat, Ikatan yang Rapat


Menukar cara hidup anda memang mencabar. Tetapi mereka yang tersayang boleh menjadi pendorang yang terhebat untuk anda! Ini kerana, keadaan kesihatan anda juga mendatangkan kesan kepada mereka. Berikut merupakan 3 sebab yang sihat untuk keluarga anda yang boleh memberikan kesan positif ke atas mereka!!

  • Model yang berperanan positif boleh membantu membentuk keluarga yang positif.
    Kanak-kanak mudah terpengaruh dengan perangai orang dewasa. Jadi ibu-bapa yang selalu merungut tentang tubuh mereka mungkin akan mendidik anak-anak mereka untuk menyimpan perasaan negatif yang sama dalam diri mereka. Sebaliknya, amalkan pendekatan yang positif untuk tabiat makan dan senaman mereka. Jadi, hentikan kritikan anda dan ajaklah mereka untuk makan secara sihat dan bersenam secara kerap bersama. Ini bukan sahaja dapat mendekatkan diri dengan cara hidup yang sihat melalui pendekatan yang positif, malah ia juga akan membantu memperbaiki perhubungan anda!
  • Penyediaan makanan yang sihat akan membantu keluarga anda belajar tentang pemakanan!
    Sertakan keluarga anda dalam penyediaan makanan. Anak anda boleh belajar mengenai matematik dengan mengukur bahan dan mereka akan mula memahami penyediaan dan bahan-bahan yang sihat, sementara ahli keluarga yang lebih tua boleh memilih dan menyediakan makanan yang disukai dan mungkin juga boleh memberikan inspirasi untuk memilih makanan sihat mereka sendiri. Malah, anda juga boleh mendapat panduan dan petua daripada ahli keluarga yang lebih tua!
  • Lebih daripada senaman; ia cara hidup anda!
    Kajian menunjukkan bahawa bersenam bersama keluarga memang baik untuk kesihatan dan ia juga mengeratkan ikatan emosi di antara ahli keluarga. Senaman berkumpulan yang membantu anda kekal segar dan tenang memang berfaedah, walaupun anda mempunyai tahap kecergasan yang berbeza. Bersenam bersama dapat membantu anda memotivasikan mereka, dan mereka pula akan melakukan perkara yang sama untuk anda. Dengan ini, anda tidak akan cenderung untuk ponteng daripada bersenam.
    Keluarga bermaksud bersatu sama teguh, bercerai sama roboh. Jadi bergeraklah sebagai sebuah unit yang kuat untuk hari esok yang lebih cerah bersama yang tersayang!

Tebus sampel Anlene percuma anda sekarang!