BAGAIMANA SAYA BELAJAR UNTUK BERGERAK SEMUDA JIWA SAYA Oleh Ras Adiba Radzi


Saya selalu mengingatkan diri bahawa tiada mustahil apabila anda mempunyai motivasi untuk meneruskan pergerakan dalam kehidupan. Semangat juang diri tidak membiarkan had fizikal mengekang saya. Saya kekalkan semangat untuk bergerak semuda jiwa saya dengan memastikan saya bangun, bersiap, dan tiba, seperti biasa.
 
Inilah cara saya melakukannya.
 
1. BERIBADAH
Ini merupakan sebahagian besar daripada identiti saya sebagai seorang muslim. Kepuasan yang saya nikmati terserlah dengan segala keputusan dan tindakan yang saya ambil. Saya lebih kuat mengejar impian saya dengan iman yang tersemat di dalam diri.
 
2. NIKMATI SAAT YANG INDAH
Dalam kehidupan saya, destinasi matlamat kita adalah penting, tetapi perjalanan ke arah sesuatu matlamat itu juga penting. Berehat dan meluangkan masa untuk diri sendiri membantu mengekalkan jiwa dan minda yang muda supaya saya boleh bergerak semuda jiwa saya.
 
3. KASIH SAYANG
Saya rasa sentiasa muda apabila saya bersama mereka yang tersayang. Sokongan padu daripada suami, anak-anak, keluarga dan rakan-rakan telah memberikan saya kekuatan untuk berasa lebih bebas dan merasakan tiada yang mustahil untuk dicapai.
 
4. PEMAKANAN YANG BAIK
Walaupun jiwa saya sentiasa berasa muda, tubuh saya masih perlu dijaga. Tubuh kita adalah tempat kita hidup di dunia. Oleh itu, saya perlu menjaga pergerakan saya dengan Anlene supaya saya kekal bebas melakukan apa yang disukai bersama yang tersayang.
 
5. BERSYUKUR
Di sebalik cabaran yang saya hadapi dalam kehidupan, Tuhan yang Maha Esa telah memberikan saya keajaiban nikmat yang membuatkan saya rasa rendah diri dan sentiasa bersyukur. Ia memberikan nafas baru kepada motivasi dan tujuan dalam hidup. Ini membantu saya untuk terus bergerak.

Tebus sampel Anlene percuma anda sekarang!