NUTRIEN UNTUK KESIHATAN TULANG, SENDI & OTOT
KALSIUM & VITAMIN D: KESIHATAN TULANG


Tahukah anda bahawa Kalsium merupakan bahan binaan utama tulang? Dan 99% kandungan kalsium tubuh boleh didapati pada tulang? Apabila kita tidak mengambil kalsium yang secukupnya, badan kita menggunakan simpanan Kalsium yang terdapat pada tulang. Ini akan menyebabkan kehilangan jisim tulang dan jika dibiarkan pada tempoh yang lama, tulang kita akan menjadi semakin lemah.


Kekurangan Vitamin D dalam diet juga menyumbang kepada masalah ini selain daripada kurangnya pengambilan makanan yang berkalsium tinggi.


VITAMIN D MEMBANTU PENYERAPAN KALSIUM DENGAN MEMASTIKAN IA DAPAT DISERAP KE DALAM BADAN.


Bagaimanakah saya dapat memastikan pengambilan Kalsium dan Vitamin D yang mencukupi dalam diet harian saya? Kita semua sedia maklum bahawa semua produk yang berasaskan susu merupakan sumber yang baik untuk Kalsium. Tetapi tahukah anda bahawa tubuh kita juga menghasilkan Vitamin D daripada tindak balas cahaya matahari terhadap kulit! Akan tetapi, oleh kerana faktor seperti umur, bangsa dan gaya hidup mempengaruhi penghasilan Vitamin D daripada kulit, jadi anda perlu mendapatkan sumber Vitamin D melalui makanan yang diperkaya dengan Vitamin tersebut.


PROTEIN & MAGNESIUM: KESIHATAN OTOT
Protein merupakan sebahagian besar daripada tubuh kerana setiap sel dan komponen tisu anda diperbuat daripada Protein. Otot kita terutamanya terdiri daripada 20% kandungan Protein. Pengambilan Protein yang mencukupi penting untuk pembentukan serat otot yang baru untuk mengekalkan jisim otot.


PROTEIN BOLEH DIDAPATI DARIPADA PELBAGAI JENIS SUMBER MAKANAN DAN PROTEIN DARIPADA TENUSU DIANGGAP SEBAGAI SALAH SATU SUMBER PROTEIN YANG TERBAIK.


Mengapa? Ini kerana ia mengandungi kombinasi asid amino yang diperlukan untuk kesihatan tulang dan membantu mengurangkan risiko kehilangan jisim otot apabilla usia semakin meningkat!


SELAIN PROTEIN, ANDA JUGA PERLUKAN MAGNESIUM.

Ia merupakan mineral yang penting dalam penghasilan Protein. Ia terlibat dalam fungsi otot, metabolisma tenaga, pengenduran dan regangan otot. Selain itu, Magnesium juga mempunyai kesan positif terhadap kesihatan otot, memperbaiki prestasi tulang dan membantu meningkatkan jisim otot.


KOLAGEN & VITAMIN C: KESIHATAN SENDI
Kolagen bukan sahaja baik untuk kulit supaya kelihatan muda! Ia juga merupakan komponen yang penting untuk tulang dan sendi, serta memainkan peranan yang penting, untuk mengekalkan regangan tisu-tisu tersebut.


KAJIAN MENUNJUKKAN BAHAWA PENGAMBILAN KOLAGEN DALAM DIET HARIAN ADALAH BAIK UNTUK KESIHATAN SENDI. PENGAMBILAN KOLAGEN MUNGKIN AKAN MEMBEKALKAN BAHAN BINAAN YANG DIPERLUKAN UNTUK PENGHASILAN TULANG RAWAN YANG PENTING UNTUK MENGEKALKAN KESIHATAN SENDI.


Pengambilan Kolagen adalah sangat penting untuk kesihatan sendi dan melindungi sendi daripada kerosakan radikal bebas. Ini boleh dilakukan dengan mengambil nutrien-nutrien antioksidan seperti Vitamin C dalam diet kita.


VITAMIN C BUKAN SAHAJA MEMBANTU DALAM PENGHASILAN KOLAGEN, IA JUGA MELINDUNGI TUBUH KITA DARIPADA RADIKAL BEBAS* YANG MENJEJASKAN KESIHATAN BADAN.


TAHUKAH ANDA BAHAWA 6 NUTRIEN-NUTRIEN PENTING, DARI KALSIUM SEHINGGALAH VITAMIN C, BOLEH DIDAPATI DALAM ANLENE DENGAN MOVEMAX?
Cuma 2 gelas sehari memberikan anda kebaikan nutrien-nutrien penting untuk menyokong kesihatan tulang, sendi dan otot anda. Ini merupakan berita yang baik untuk mereka yang ingin bergerak semuda jiwa mereka.


*Radikal bebas dihasilkan secara semula jadi di dalam tubuh kita dan juga akibat pendedahan terhadap persekitaran (pencemaran, gaya hidup yang tidak aktif, diet yang tidak seimbang, merokok dll.) Radikal bebas yang berlebihan mungkin akan menjejaskan kesihatan. Sebab inilah antioksidan seperti Vitamin C dan E diperlukan untuk menangani kesan negatif akibat radikal bebas yang berlebihan.

Tebus sampel Anlene percuma anda sekarang!