9 NUTRIEN UNTUK MELINDUNGI PERGERAKAN ANDA


TEKANAN OKSIDATIF

Tekanan Oksidatif terjadi apabila terdapat ketidakseimbangan antara penghasilan radikal bebas dan kemampuan tubuh untuk menanganinya. Radikal bebas yang berlebihan akan merosakkan sel-sel kita. Dari manakah asalnya radikal bebas ini? Ia dihasilkan sewaktu proses metabolisma atau daripada persekitaran harian kita (radiasi, merokok, pencemaran, makanan bergoreng dll.) Radikal bebas yang berlebihan dipercayai menjejaskan kesihatan dan dikaitkan dengan masalah-masalah kesihatan seperti masalah sendi, penuaan dan banyak lagi.

GLYCATION
Ini berlaku apabila molekul-molekul gula bertindak balas dengan Protein dan lemak. Ini lebih ketara di kalangan individu yang diabetik, yang mungkin mengakibatkan kerosakan terhadap tisu-tisu penyambung dan keradangan yang kronik. Selain itu, kesihatan sendi mungkin terjejas, kerana kolagen yang terdapat pada tulang rawan sendi turut mengalami tindak balas “glycation”

KERADANGAN
Apabila tubuh kita dijangkiti bakteria, sel-sel yang rosak atau bahagian yang terjejas selalunya kelihatan merah, sakit, gatal dan bengkak. Ia merupakan cara untuk tubuh kita memulakan pemulihan tisu-tisu. Namun, kehilangan jisim otot mungkin berlaku dan pergerakan mungkin terjejas apabila keradangan yang kronik terjadi, terutamanya pada usia yang lanjut.

3 FAKTOR TERSEBUT MUNGKIN MEMPENGARUHI TULANG, SENDI DAN OTOT. YANG MUNGKIN MENJEJASKAN KEMAMPUAN UNTUK BERGERAK SEPERTI SEBELUMNYA.

Sebab inilah kami sentiasa berusaha untuk dalam memastikan Anlene dengan MoveMax dirumus secara saintifik untuk mengurangkan kerosakan tisu yang mungkin menghalang anda daripada bergerak semuda jiwa anda.

CARANYA? DENGAN NUTRIEN-NUTRIEN UTAMA UNTUK MEMBANTU MENJAGA TULANG, SENDI DAN OTOT. DALAM HANYA 2 GELAS.

KALSIUM
Membantu mengekalkan jisim tulang dan mengurangkan kehilangannya pada masa hadapan.

KOLAGEN
Membantu mengekalkan kesihatan sendi dengan membekalkan nutrien yang diperlukan oleh tulang rawan sendi anda.

PROTEIN
Membantu membina dan mengekalkan tisu-tisu tubuh termasuklah tulang dan otot.

MAGNESIUM
Mengurangkan kerapuhan tulang dan membantu fungsi otot.

VITAMIN C
Membantu menghasilkan Kolagen dan membantu menghasilkan bahan-bahan penting yang membekalkan tenaga untuk pengecutan otot.

VITAMIN B6 & B12
Memainkan peranan penting dalam membebaskan tenaga ketika bersenam dan mengurangkan keletihan dan kelesuan.

ZINK
Mengekalkan struktur tulang yang normal dengan mengekalkan jisim dan metabolisma tulang.

VITAMIN E
Antioksidan yang melindungi sel-sel daripada tekanan Oksidatif. Ia juga mempunyai kesan anti keradangan.

9 VITAMIN, MINERAL DAN NUTRIEN-NUTRIEN TERSEBUT DIPILH KHAS UNTUK MENYOKONG KESIHATAN TULANG, SENDI DAN OTOT ANDA.


Jagalah tulang, sendi dan otot anda untuk mengekalkan kebebasan bergerak semuda jiwa anda, selama yang mungkin. Ia bermula dengan 2 gelas susu Anlene. Kini diperbaharui dengan rumusan MoveMax.

Tebus sampel Anlene percuma anda sekarang!