Buat Perubahan yang Besar dengan Pasangan Anda!


Keberanian sememangnya diperlukan untuk komitmen gaya hidup yang lebih sihat bersama pasangan anda. Jadi, mengapa tidak tingkatkan lagi usaha anda dan libatkan pasangan dalam perjalanan anda? Kajian menunjukkan bahawa melakukan sesuatu bersama pasangan anda boleh membantu meningkatkan prestasi dan kadang-kadang boleh menggandakannya! Jika anda perlukan sebarang motivasi untuk terus bergerak, pelajari senaman-senaman yang sesuai untuk pasangan di bawah!

  • Hook Squat
    Berdiri di belakang pasangan anda dan tumbuk ke sisi sehingga tangan kiri anda bertemu dengan tangan kanan pasangan anda sebelum mencangkung. Anda berdua perlu menyandarkan belakang anda dengan satu sama lain dan ia tidak akan berfungsi jika salah seorang daripada anda berhenti. Jadi ia merupakan senaman yang baik untuk menggerakkan anda berdua!
  • Wheelbarrow Push-Up dengan Squat
    Untuk senaman ini, anda perlu melakukan posisi tekan tubi dan pasangan anda akan berdiri sambil mengangkat kaki anda. Apabila anda melakukan tekan tubi, pasangan anda juga akan mencangkung dan bangun pada masa yang sama dengan anda.
  • Push-Up High Five
    Lakukan tekan tubi dengan menghadap pasangan anda. Apabila salah seorang daripada anda selesai melakukan tekan tubi, hulurkan tangan dan high five-lah bersama pasangan anda! Cuba kira berapa high five yang anda mampu lakukan sebelum menjadi penat dan cuba pecahkan rekod sesi sebelum ini!
    Ia mungkin mengambil masa untuk membiasakan diri dengan senaman-senaman ini, tetapi setiap langkah yang anda ambil bersama pasangan anda akan menjadikan anda berdua selangkah lebih dekat ke arah tulang dan perhubungan yang lebih sihat! Perkara paling penting ialah berkomunikasi dan memberikan maklum balas terhadap pasangan supaya anda berdua boleh terus memperbaiki diri anda. Lagipun, pasangan yang berpeluh bersama, akan kekal bersama!

    Peringatan ringkas: Sila rujuk pakar kesihatan anda sebelum memulakan sebarang program senaman yang baru.

Tebus sampel Anlene percuma anda sekarang!

Ketahui Lebih Lanjut