FAEDAH KOLAGEN YANG ISTIMEWA

1.      KITA TAHU BAHAWA KOLAGEN MENJADIKAN WAJAH KITA KELIHATAN MUDA.

Semasa muda, tubuh kita mempunyai banyak kolagen. Itulah sebabnya kanak-kanak mempunyai rambut yang bersinar dan kulit yang cantik! Bagaimanapun apabila usia kita semakin meningkat, penghasilan kolagen akan semakin kekurangan. Dan kulit akan menjadi semakin lemah dan menyebabkan terjadinya garis-garis halus dan kedutan.

 

2.      KOLAGEN MEMBANTU TULANG ANDA KEKAL KUAT.

Kita tahu bahawa Kalsium memainkan peranan yang penting untuk mengekalkan ketumpatan mineral tulang. Tetapi tahukah anda bahawa Kolagen turut memainkan peranan untuk mengekalkan kekuatan tulang? Ini adalah kerana kombinasi Kalsium dan Kolagen membantu membina dan mengekalkan tulang yang kuat dan fleksibel, serta membantu tulang untuk menahan tekanan!

 

3.      KOLAGEN JUGA MEMBANTU SENDI ANDA KEKAL FLEKSIBEL!

Tulang rawan membantu mengurangkan geseran antara tulang semasa bergerak dan komponen utama tulang rawan adalah Kolagen. Pengambilan Kolagen dalam diet harian kita membantu mengekalkan ketebalan tulang rawan, dan akan membolehkan anda untuk bergerak semuda jiwa anda.

 

4.      JADI BAGAIMANA CARANYA UNTUK MEMBEKALKAN KOLAGEN YANG SAYA PERLUKAN?

Sebenarnya, tubuh kita boleh menghasilkan Kolagen secara semula jadi. Namun, penghasilan Kolagen menjadi semakin berkurangan apabila usia kita semakin meningkat. Jadi, adalah penting untuk memastikan bahawa kita mengambil Kolagen dalam diet harian sebagai salah satu cara untuk mengekalkan kesihatan kulit, tulang dan sendi yang baik.

 

5.      RUMUSAN BAHARU ANLENE DENGAN MOVEMAX™ MENGANDUNGI KOLAGEN UNTUK MEMBANTU MENYOKONG KEPERLUAN TUBUH ANDA, TERMASUK SENDI.

Dengan hanya mengambil 2 gelas setiap hari, Anlene bukan sahaja membekalkan Kalsium dan protein yang diperlukan oleh tubuh anda, tetapi juga membekalkan Kolagen yang anda perlukan.

Bergerak semuda jiwa anda bermula dari dalam diri anda.

Jadi, jagalah tulang, otot dan sendi anda hari ini dengan rumusan istimewa Anlene – kini dengan rumusan Movemax™.

Semua Susu Tepung Anlene dilengkapi dengan rumusan Movemax™ termasuk Anlene Heart-Plus™.

 

Tebus sampel Anlene percuma anda sekarang!