6 Manfaat yogurt yang mengagumkan

Kita semua tahu yogurt memang baik untuk kita. Tetapi apakah sebenarnya kebaikan yogurt?

1. Padat dengan nutrien

Yogurt mengandungi nutrien-nutrien penting dan berkalori rendah . Ia merupakan sumber protein, kalsium, dan vitamin B1 yang membantu memenuhi keperluan pemakanan harian anda.


2. Baik untuk tulang anda

Yogurt merupakan sumber kalsium yang baik, yang membantu membina dan mengekalkan tulang yang kuat. Satu kajian menunjukkan bahawa rakyat Malaysia tidak mengambil kalsium 2 yang mencukupi, yang mungkin mengakibatkan risiko untuk mengalami tulang yang lemah. Oleh itu, ambillah yogurt sebagai satu cara bijak untuk membantu memenuhi keperluan kalsium harian anda.

 

3. IA ADALAH BAIK untuk perut

Tidak benar sama sekali jika anda mempunyai ketidakhadaman laktosa, bermakna anda tidak boleh menikmati tenusu. Sebenarnya anda masih boleh menikmati yogurt! Laktosa yang didapati secara semula jadi dalam tenusu telah dihadamkan oleh bakteria3 baik yang terdapat di dalam yogurt, menjadikannya sesuai untuk golongan tersebut.

 

4. Snek sihat bagi mereka yang ingin menjaga berat badan

Tahukah anda, yogurt mengandungi kalori yang lebih rendah berbanding makanan yang tinggi dengan lemak atau gula, seperti kek coklat? Satu kajian menunjukkan bahawa orang yang makan snek berprotein tinggi seperti yogurt mempunyai kawalan selera yang lebih baik dan berasa kenyang lebih lama, dan mengambil makanan berkalori rendah dalam hidangan4 seterusnya. Ini membuktikan bahawa yogurt merupakan snek yang sesuai sekiranya anda ingin menjaga berat badan anda.

 

5. Kebaikan protein tenusu

Yogurt membekalkan protein yang berkualiti tinggi. Ia penting untuk menyokong, membina dan membaiki tisu-tisu badan seperti otot.

 

6. Serba boleh

Yogurt bukan hanya boleh dimakan begitu sahaja, malah ia juga boleh digunakan dalam resepi masakan anda. Contohnya seperti ditambah ke dalam masakan kari atau sebagai salah satu bahan ketika membuat salad kesukaan anda.

 

1USDA National Nutrient Database for Standard Reference.
2MANS Study 2014.
3Savaiano DA. Lactose digestion from yogurt: mechanism and relevance. AJCN. 2014. May 99 (5 Suppl): 1251S -5S.
4Ortinau LC et al. Effects of high protein vs high fat snacks on appetite control, satiety, and eating initiation in healthy women.


Bagaimana untuk memilih yogurt yang sesuai bagi membantu memenuhi keperluan pemakanan anda?

  • Pilih yogurt yang membekalkan kalsium bagi membantu memenuhi keperluan harian anda.
  • Pilih protein – pilih yogurt yang merupakan sumber protein yang baik.
  • Semak kuantiti lemak – jika anda risau tentang pengambilan lemak harian, pilih yogurt yang rendah lemak atau yogurt yang dibuat daripada susu tanpa lemak.
  • Manfaat tambahan – pilih yogurt yang ditambah dengan vitamin D dan kolagen. Vitamin D penting untuk penyerapan kalsium manakala kolagen mempunyai banyak manfaat.

 

Apa yang ada dalam Anlene Yogurt?

 

 

  • 50% lebih nutrien

Anlene yogurt mengandungi 50% lebih kalsium berbanding yogurt biasa*.

  • Rendah lemak

Sesuai bagi mereka yang mengambil berat tentang pengambilan lemak harian mereka.

  • SATU-SATUNYA yogurt yang mengandungi kolagen

Nikmati kebaikan kolagen di dalam setiap cawan Anlene yogurt.

  • Dengan vitamin D tambahan

Setiap cawan Anlene yogurt ditambah dengan vitamin D untuk membantu penyerapan kalsium.

  • Rasanya yang enak

Anlene yogurt didapati dalam 4 perisa enak: Biasa, Strawberi, Beri Campuran, dan Mangga! Didapati dalam cawan individu, untuk dinikmati di mana-mana jua, pada bila-bila masa!
 

*Anlene Yogurt mengandungi kira-kira70% lebih kalsium berbanding dengan yogurt biasa, bagi setiap 100g. Rujukan Pangkalan Data Nutrien USDA untuk Rujukan Taraf.

 

Cuba Anlene Yogurt hari ini!

Tebus sampel Anlene percuma anda sekarang!