PERUBAHAN DAN KEHILANGAN KETUMPATAN TULANG


Sir Winston Churchill pernah berkata, “Untuk memperbaiki diri, kita harus berubah; untuk mencapai kesempurnaan, kita harus berubah dengan kerap.” Pepatah ini boleh dikaitkan dengan badan kita juga kerana ia sentiasa menggantikan sel-sel lama kita dengan sel-sel baru.

Ramai di kalangan kita berpendapat bahawa tulang dewasa adalah berkekalan, tetapi hakikatnya, keseluruhan rangka kita akan diganti pada kira-kira setiap 10 tahun. Maka, jisim tulang kita berubah sepanjang hidup kita. Oleh itu, kita harus mengamalkan tabiat harian yang boleh membantu kita mencapai tahap kesihatan tulang yang optimal.

Masalah tulang mungkin akan timbul setelah anda mencapai puncak jisim tulang. Jisim tulang anda mungkin akan berkurangan jika tiada penjagaan yang betul, maka penjagaan tulang amatlah penting. Walaupun terdapat banyak faktor yang boleh memberi kesan ke atas kadar kehilangan ketumpatan tulang, tetapi kajian telah menunjukkan bahawa melakukan senaman menanggung berat secara kerap boleh membantu menangguhkan kehilangan ketumpatan tulang dan mengurangkan kadar kehilangan ketumpatan tulang.

Dengan menggabungkan senaman yang sesuai bersama dengan pengambilan nutrien penting yang mencukupi, seperti kalsium dan Vitamin D, kita akan meminimumkan kadar kehilangan ketumpatan tulang. Kedua-dua nutrien ini berfungsi bersama: Vitamin D membantu penyerapan kalsium dari makanan, manakala kalsium membantu dalam pembinaan dan pengekalan kesihatan tulang.

Adalah digalakkan untuk mengelak tabiat tidak sihat seperti merokok yang mungkin akan memberi kesan buruk ke atas tulang: ia mengehadkan kita daripada mencapai puncak jisim tulang yang optimal dan mungkin mengakibatkan pembentukan rangka yang lebih kecil daripada normal.

Golongan wanita seharusnya menitikberatkan jumlah kalsium yang diambil, khususnya semasa usia remaja. Ini adalah penting supaya mereka boleh mencapai jisim tulang maksimum, kerana wanita berkemungkinan untuk kehilangan lebih banyak jisim tulang.

Makanan yang kaya dengan kalsium termasuklah produk tenusu (susu, keju dan yogurt), ikan bilis, ikan sardin, sayur-sayuran berdaun hijau (pak choi, rubarb) dan produk kacang soya (tauhu, susu kacang soya). Cubalah mengambil dua gelas Anlene dalam diet harian anda! Ini akan membekalkan kalsium dan Vitamin D yang mencukupi untuk keperluan harian anda. Menurut USDRI, pengambilan 1,000mg kalsium setiap hari adalah mencukupi bagi wanita di bawah umur 50 dan ia meningkat ke 1,200mg selepas itu. Peningkatan ini sedikit sebanyak berkaitan dengan hakikat bahawa kebanyakan wanita akan mengalami menopaus apabila mereka berusia sekitar usia 50 tahun.

Tebus sampel Anlene percuma anda sekarang!