Roti Focaccia

Bahan-bahan:

  • 3 sudu besar mentega lembut
  • 2 sudu besar susu tepung rumusan Anlene
  • 3 sudu besar gula
  • 1 1/2 sudu teh garam
  • 410g tepung roti
  • 2 1/4 sudu teh yis kering aktif
  • 2 sudu the minyak zaitun
  • 3 sudu besar keju parmesan yang diparut
  • 3/4 sudu teh rosemary kering
  • 1/2 sudu the garam bawang putih

Kaedah:

  • Gaul air, mentega lembut, susu tepung, gula, garam, tepung roti dan yis kering aktif.
  • Uli doh sehingga mempunyai konsistensi yang diperlukan. Tambah air jika perlu.
  • Letakkan doh di permukaan yang disapu tepung dan bungkus dengan pembungkus saran. Biarkan selama 15 minit.
  • Uli doh selama 1 minit dan tekan sehingga ketinggian doh menjadi 1 setengah inci dalam dulang tinggi yang disapu mentega.
  • Tutup doh dan biarkan naik selama 30 min.
  • Tebuk lubang sebesar 1 inci secara berselang-seli ke dalam doh.
  • Sapu dengan minyak zaitun dan tabur keju, garam dan rosemary.
  • Bakar pada suhu 200°C selama 13 min atau sehingga berwarna kuning keemasan.

Tebus sampel Anlene percuma anda sekarang!

Ketahui Lebih Lanjut