KEKALKAN KEDINAMIKAN KETIKA RAMADAN (RAS ADIBA)

Ramadan disambut oleh umat Islam di seluruh dunia dengan berpuasa dan bulan ini merupakan masa untuk keinsafan dan merenung kembali. Sebaik-baiknya bulan ini digunakan untuk mengamalkan ajaran Nabi Muhammad s.a.w, namun kita janganlah pula lupa menjaga kesihatan tubuh kita!

  

Demi mengekalkan tenaga untuk melakukan aktiviti harian semasa berpuasa, saya bergantung kepada jenis makanan yang berikut untuk meneruskan kehidupan harian saya.

  

  • Kurma
    Berbuka puasa dengan kurma merupakan amalan sangat digalakkan bagi umat islam. Selain bersandar pada hadis, kurma juga berkhasiat terutamanya ketika bulan Ramadan!

    Kurma mengandungi kandungan gula semula jadi yang tinggi dan pengambilannya ketika bersahur akan memberikan anda lebih tenaga untuk menjalani ibadah puasa sepanjang hari dan selepas berbuka puasa. Kurma juga merupakan sumber serat makanan, antioksidan, dan mineral seperti potassium dan magnesium yang baik!
  • Susu
    Susu merupakan sumber nutrien yang baik kerana ia padat dengan protein, kalsium, vitamin B dan nutrien-nutrien bioaktif lain yang baik untuk kesihatan. Bagi saya, susu seperti Anlene sesuai untuk cara hidup saya, terutamanya ketika bulan Ramadan kerana ia membekalkan nutrien-nutrien yang saya perlukan supaya saya boleh bergerak semula jiwa saya.

    Segelas Anlene memang sesuai dengan juadah berbuka kegemaran saya!
  • Makanan yang kaya dengan zat besi
    Sumber makanan seperti daging, ayam, dan bayam adalah sumber zat besi yang baik. Apa ada dengan zat besi? Kelesuan kadang-kadang berpunca daripada kekurangan zat besi dalam diet kita. Jadi pengambilan makanan yang kaya dengan zat besi akan membantu kita rasa lebih bertenaga, terutamanya ketika berpuasa.
  • Makanan yang kaya dengan serat
    Makanan kegemaran saya yang lain ketika Ramadan ialah makanan yang kaya dengan serat. Bijirin penuh, roti bijirin penuh dan juga sayur hijau seperti kangkung dan sawi adalah kaya dengan serat.

    Makanan yang kaya dengan serat ini membantu mengawal paras gula dalam darah, dan saya juga rasa kenyang dan bertenaga!

    Walaupun Ramadan berkisar tentang kerohanian, kesihatan kita juga perlu dijaga! Saya berharap senarai ini dapat membantu anda menjalani ibadah puasa, dan saya berdoa agar anda mendapat keberkatan sepanjang bulan yang mulia ini.

Tebus sampel Anlene percuma anda sekarang!