KEKAL BERGERAK DAN KEKAL BERTENAGA – RAHSIA AWET MUDA!


Anda tentu gembira bila melihat bagaimana pergerakan dapat memberikan manfaat kepada tubuh anda! Baca selanjutnya dan ketahui lebih!
 
TULANG YANG KUAT
Tahukah anda bahawa individu yang tidak aktif (mereka yang jarang bergerak) adalah 1.59 kali lebih cenderung untuk mengalami kesihatan tulang yang lemah berbanding dengan mereka yang aktif. Jadi, bangkitlah dari sofa anda dan mula bergiat aktif sekarang!
 
SENDI YANG FLEKSIBEL
Wanita pertengahan umur yang aktif dan berumur antara 47 dan 58 tahun mempunyai risiko sakit dan lenguh sendi yang lebih rendah selepas 9 tahun. Mahukan pergerakan tubuh yang lancar? Teruskan bergerak!
 
OTOT YANG KUAT
Aktiviti fizikal yang melibatkan otot seperti Tai Chi dan Yoga telah terbukti untuk memperbaiki keseimbangan, postur, fleksibiliti dan kekuatan. Sertailah aktiviti tersebut hari ini!
 
RASA LEBIH BERTENAGA
Bergerak Semuda Jiwa Anda dan kekal aktif membantu memperbaiki fungsi jantung anda – menjadikan anda rasa lebih bertenaga dan memberikan stamina yang anda perlukan!
 
LEBIH BERKEYAKINAN
Kajian telah menunjukkan bahawa melakukan aktiviti fizikal secara kerap dapat memperbaiki keyakinan dan harga diri.
 
MEMBENTUK TUBUH
Senaman yang kerap juga membantu membentuk tubuh dan memperbaiki postur anda.
 
MEMPERBAIKI MOOD
Senaman bukan sahaja baik untuk tubuh anda, malah ia baik untuk mood anda juga. Aktiviti fizikal yang kerap akan memperbaiki mood anda dengan menghasilkan hormon yang memperbaiki mood yang seterusnya menjadikan anda rasa lebih ceria. Tambahan pula, ia juga baik untuk menghilangkan tekanan anda!
 
MEMPERBAIKI TIDUR
Kajian telah menunjukkan bahawa senaman yang kerap dikaitkan dengan tidur yang nyenyak. Jadi, lebihkan pergerakan anda supaya anda boleh tidur dengan nyenyak.
 
OTAK BERFUNGSI DENGAN LEBIH BAIK
Aktiviti fizikal yang kerap juga dapat membantu memperbaiki fungsi otak anda. Ia membantu anda kekal peka dan fokus sepanjang hari. Sebagai contoh, senaman aerobik mempunyai kesan yang positif terhadap beberapa aspek fungsi otak dan kognisi!
 
KOMBINASI YANG SEMPURNA
Gaya hidup yang aktif adalah penting. Jadi, aktiviti fizikal yang kerap perlulah disertai dengan amalan pengambilan nutrien-nutrien penting setiap hari. Sebab inilah kami memudahkan pengambilan nutrien seperti Protein, Kalsium dan Kolagen harian dengan rumusan Anlene MoveMax. Kini boleh didapati dalam semua susu tepung Anlene! Dapatkan satu hari ini dan bergeraklah semuda jiwa anda!

Tebus sampel Anlene percuma anda sekarang!

Ketahui Lebih Lanjut