Menjadikan Kelakuan Sebgai Tabiat


Pepatah lama mengatakan, “Tabiat lama memang sukar dibuang,” bukanlah gambaran sebenar tentang diri seseorang. Ini kerana tabiat baru juga sebenarnya sukar dipupuk tanpa masa dan ketekunan yang diperlukan! Permudahkan diri anda untuk memupuk tabiat yang lebih sihat dan aktif dengan cara 3R. Bukan yang tentang kitar semula, tetapi Peringatan, Rutin, dan Ganjaran.

PERINGATAN
Sentiasa ingatkan diri anda untuk melakukan perkara yang ingin dijadikan tabiat. Untuk memudahkan anda, jadikan aktiviti harian sebagai peringatan. Jika anda gemar meminum kopi* sewaktu sarapan, jadikannya peringatan untuk menambah sedikit Anlene ke dalam kopi* kegemaran anda. Jika anda hendak membeli sesuatu dari kedai runcit, jadikan aktiviti ini sebagai isyarat untuk anda berjalan kaki atau berbasikal.

RUTIN
Rutin ialah perkara yang anda selalu lakukan, seperti meminum kopi* dan membeli barangan runcit. Anda boleh mengamalkan tabiat yang baru dengan melakukan perkara-perkara yang mudah supaya anda rajin melakukannya. Perubahan ini tidak semestinya sesuatu yang besar atau mendadak dalam kehidupan anda, apa yang penting ialah anda terus mengamalkan rutin tersebut.  

GANJARAN
Perbuatan lama-kelamaan akan menjadi tabiat kerana anda berasa seronok atau diberikan ganjaran seperti perasaan lebih bertenaga setelah meminum kopi* dan kepuasan mendapatkan barang-barang keperluan di kedai runcit. Kesimpulannya, raikan usaha anda jika anda cuba memupuk tabiat yang baru!

Rasa seronok merupakan sebahagian daripada cara untuk membantu anda menjadi lebih aktif dan lebih sihat. Sebab inilah setiap perkara yang anda lakukan dalam program AnleneMove akan diberikan hadiah dalam bentuk mata ganjaran, selain menyihatkan diri anda. Jom terus bergerak bersama untuk hari esok yang lebih sihat!
*Panduan kesihatan!
- Amalkan sikap berpada-pada dan jangan minum lebih daripada 2 cawan sehari.
- Kafein yang berlebihan mungkin mengakibatkan peningkatan jumlah kehilangan kalsium daripada tubuh kita.

Tebus sampel Anlene percuma anda sekarang!

Ketahui Lebih Lanjut