Bergerak dengan Bersenam Bersama!


Jangan risau, kami memang memahami bahawa sememangnya susah untuk mereka yang baru bergelar seorang ibu untuk bersenam dan melakukan tugas-tugas sebagai seorang ibu! Anda tidak perlu mengorbankan tanggungjawab senaman anda untuk melakukan tugas-tugas seorang ibu; berikut merupakan cara si manja boleh membantu ketika sesi senaman anda.

  • Gunakan si manja sebagai pemberat seperti dumbel. Si manja bukan sahaja menjadi pengganti senaman bebanan yang comel, malah anda juga dapat terus menghiburkannya dengan gurauan dan ciuman ketika melakukan senaman seperti angkat berat, gerak maju dan lain-lain lagi ketika bersama si manja!
  • Bersiar-siar bersama si manja anda? Dukunglah si manja anda dan angkat beg kelengkapan daripada bergantung kepada kereta sorong untuk memberikan anggota badan anda senaman yang berkesan dan mengukuhkan ikatan dengan si manja anda!
  • Apabila si manja anda sudah mula bersosial dengan kanak-kanak yang lain, anda kini boleh menganjurkan parti bermain dan bersenam! Biarkan si manja bermain sendiri dan perhatikannya daripada jauh sambil bersenam bersama ibu-ibu yang lain ketika sesi tersebut!

    Sila jaga keselamatan si manja anda ketika bersenam bersama! Anda boleh cuba pelbagai cara yang lain untuk kekal aktif bersama si manja anda. Malah, permainan seperti ‘sorok-sorok’ bersama si manja anda boleh menjadi satu senaman! Setiap langkah kecil anda bersama si manja akan membawa banyak perbezaan.

Tebus sampel Anlene percuma anda sekarang!