DISOKONG OLEH SAINS


Fonterra, syarikat induk bagi Anlene, telah melakukan kajian yang mendalam selama lebih 20 tahun dan melaburkan masa serta wang yang banyak untuk memastikan bahawa Anlene adalah selamat dan memberi manfaat kepada para pengguna.

Salah satu daripada kajian telah dijalankan ke atas wanita posmenopaus Cina yang menetap di Hong Kong. Berlangsung selama dua tahun, ia bertujuan untuk menentukan sama ada meminum susu Anlene dapat memberi kesan ke atas kesihatan tulang kumpulan wanita ini. Ia mengukur ketumpatan mineral tulang (BMD), satu aspek penting bagi tulang dengan menggunakan Dual Energy X-Ray Absorptiometry (DEXA), iaitu kaedah yang paling dipercayai bagi mengukur perubahan dalam ketumpatan tulang.

Semua subjek telah dipilih secara rawak untuk menyertai kumpulan kawalan atau kumpulan kajian. Kumpulan kawalan meneruskan diet biasa mereka, manakala kumpulan kajian melengkapkan diet biasa mereka dengan mengambil Anlene. Hasilnya adalah positif bagi kumpulan kajian tersebut: kumpulan wanita yang meminum Anlene menunjukkan kadar pengurangan ketinggian dan ketumpatan tulang yang lebih rendah.

Kajian yang dijalankan di kalangan wanita posmenopaus Cina di Malaysia turut menunjukkan pola pengurangan ketumpatan tulang yang hampir sama pada bahagian-bahagian yang penting dari segi klinikal. Kajian susulan ke atas kumpulan ini selepas dua tahun menunjukkan bahawa kesan susu dari kajian ini masih dapat dilihat—ini merupakan tindakan ketaksinambungan susu Anlene. Kajian ini juga mencadangkan bahawa kita boleh mengubah tingkah laku seseorang individu, kerana ramai daripada subjek telah mula mengamalkan tabiat meminum susu.

Satu lagi ujian mengukur penanda bio tulang bagi menentukan status tulang. Terdapat dua jenis penanda yang dikesan oleh Fonterra, khususnya P1NP untuk pembentukan tulang dan CTX untuk penguraian tulang. Penanda-penanda ini boleh membantu meramalkan perubahan risiko tulang retak dan memantau keberkesanan rawatan farmaseutikal atau supplemen. Kaedah ini juga boleh mengesan perubahan mikro dalam tulang kita di samping memberikan maklumat terperinci mengenai penukargantian sel tulang.

Beberapa kajian telah dijalankan bagi mengenalpasti kesan susu Anlene ke atas penanda bio tulang. Dalam kesemua kajian ini, hasilnya agak konsisten: tahap Vitamin D meningkat manakala tahap hormon paratiroid, sejenis hormon yang menguraikan tulang, telah berkurang. Kajian ini menunjukkan bahawa meminum Anlene setiap hari membantu mengurangkan penguraian tulang dan melindungi kekuatan tulang dalam masa empat minggu.

Penyelidikan selama lebih daripada 20 tahun telah dijalankan bagi menyempurnakan susu tepung Anlene, maka, apabila anda meminumnya, yakinlah bahawa kualitinya adalah yang terbaik. Pastikan anda meminumnya hari ini agar tulang anda mendapat nutrient-nutrien penting yang ia perlukan.

Tebus sampel Anlene percuma anda sekarang!