YAKINLAH DENGAN SAYA

Seorang individu yang bertindak secara bersendirian, walaupun secara berkesan, tidak berupaya menandingi keunggulan sebuah pasukan yang mantap. Begitu juga dengan anggota badan kita yang bekerja bersama-sama agar badan kita dapat berfungsi dengan baik.

Sistem rangka otot kita terdiri daripada tiga komponen utama: tulang, otot dan sendi. Apabila mereka berfungsi bersama, mereka memberikan bentuk, menyokong, kestabilan dan postur agar kita dapat bergerak dengan mudah. Kesihatan setiap bahagian perlu dikekalkan kerana keseluruhan sistem akan mengalami masalah sekiranya salah satu daripada bahagian tersebut gagal berfungsi.

Otot merupakan sekumpulan tisu berserat di dalam badan kita, yang mengandungi lebih dari 600 otot, sekaligus membentuk kira-kira 40% daripada jumlah berat badan kita. Otot mempunyai keupayaan untuk meregang dan mengecut bagi menggerakkan kita dan ia sentiasa diselaraskan bagi mengekalkan postur kita.

Pada masa yang sama, sendi-sendi badan boleh dibahagikan kepada dua kumpulan: tidak boleh bergerak dan bergerak. Sendi yang boleh bergerak boleh dibahagikan kepada pergerakan terhad dan pergerakan bebas. Sendi yang boleh bergerak dengan bebas mempunyai rawan yang melindungi dan melapik sendi, untuk memberikan lebih fleksibiliti kepada pergerakan kita.

Komponen ketiga dan mungkin yang paling penting dalam sistem ini adalah tulang kita. Terdapat 206 tulang di dalam tubuh badan seorang dewasa dan ia melindungi organ-organ penting kita di samping menyimpan mineral-mineral seperti kalsium dan fosforus.

Tulang adalah penting untuk sistem ini kerana mereka membentuk struktur badan. Otot dipautkan kepada tulang dan disusun dalam kelompok berlawanan di sekitar sendi-sendi. Kesemua komponen ini berfungsi bersama-sama bagi menyokong sistem rangka otot yang sihat. Penjajaran sistem rangka otot direka agar apabila berlaku sebarang ketidakseimbangan, seluruh tulang belakang akan diselaraskan untuk mengimbangi badan.

Bersenam dengan kerap adalah satu faktor penting untuk menguatkan tulang anda. Bersenam di luar, khususnya di bawah sinaran matahari, boleh meningkatkan tahap Vitamin D anda. Satu lagi faktor untuk menjaga kesihatan tulang adalah diet. Dari saat kita dilahirkan sehingga kita menjadi dewasa, kita mengumpulkan jisim tulang agar dapat mencapai puncak jisim tulang. Bagi tujuan tersebut, kita perlu mengambil kalsium yang mencukupi dalam diet harian kita.

Produk tenusu adalah sumber kalsium yang baik, tetapi mengambil susu biasa sahaja mungkin tidak mengandungi nutrien yang mencukupi untuk sistem rangka otot kita. Anlene menawarkan pilihan yang lebih baik: ia kaya dengan kalsium dan Vitamin D, dan juga mengandungi zink dan magnesium, nutrien-nutrien yang diperlukan untuk fungsi otot.

Keupayaan kita untuk bergerak bukan suatu perkara yang boleh dipandang ringan, khususnya kerana ia memerlukan usaha berterusan untuk dikekalkan. Demi masa depan yang lebih baik, kita harus memulakan dan meneruskan gaya hidup yang aktif serta mengamalkan pemakanan yang sihat.

Tebus sampel Anlene percuma anda sekarang!