RUMUSAN KECEMERLANGAN


Berikan seorang kanak-kanak membuat pilihan di antara aiskrim penuh lemak dengan sebatang lobak dan anda pasti boleh meramalkan pilihan beliau! Makanan yang berkhasiat – seperti lobak – lazimnya tidak berasa seenak aiskrim, tetapi kita makan kerana manfaat kesihatannya. Tetapi, situasi ini tidak semestinya begitu.

Anlene telah memperbaharui rumusannya dan kini mengandungi BoneMaxTM dengan ramuan inovatif bagi membantu meningkatkan kekuatan tulang* di samping menarik minat demografik yang lebih besar dengan rasanya yang lazat. BoneMaxTM mengandungi nutrient-nutrien bagi menyokong tulang dan otot kita, seperti magnesium dan protein. Hakikatnya, kedua-dua nutrien ini di dalam rumusan baru Anlene adalah lebih tinggi berbanding dengan susu biasa. BoneMaxTM juga mengandungi tahap Vitamin D dan kalsium yang tinggi, yang masing-masingnya membantu penyerapan kalsium serta pembinaan dan pengekalan kekuatan tulang.

Nutrien utama dalam rumusan ini adalah FOS-inulin, sejenis serat makanan yang diekstrak dari tumbuh-tumbuhan. FOS-inulin adalah makanan untuk bakteria baik dalam usus kita, yang membantu mewujudkan persekitaran gastrousus yang sesuai bagi meningkatkan keterlarutan kalsium. Keterlarutan yang ditingkatkan ini membawa kepada penyerapan kalsium yang lebih baik, dengan itu, membantu anda membina tulang yang lebih kuat.

BoneMaxTM kian dianggap sebagai rumusan terbaik Anlene sehingga kini.
Produk ini mengandungi semua nutrien yang terdapat dalam rumusan sebelum ini dan rasanya adalah lebih lazat* sekarang! Ia lebih berkrim berbanding dengan yang terdahulu.

Jika anda masih belum menjadi penggemar susu walaupun dengan rumusan baru Anlene, cuba menambahkan BoneMaxTM ke dalam diet harian anda, contohnya mencampurkannya ke dalam minuman kegemaran anda atau memakannya bersama bijirin sarapan pagi. Anda juga boleh menyediakan ‘smoothies’ dan ‘milkshake’ yang lazat dan sihat menggunakannya jika anda inginkan sesuatu yang sedap!

Nikmatilah Anlene dengan BoneMaxTM. Memiliki tulang yang kuat boleh menjadi satu pengalaman yang enak!

Tebus sampel Anlene percuma anda sekarang!