3 JUADAH RAMADAN KEGEMARAN SAYA Oleh Ras Adiba Radzi

Bagi mengimarahkan Ramadan, saya ingin berkongsi tiga resepi Ramadan kegemaran saya. Juadah klasik dan kaya dengan budaya Malaysia ini saya harap akan anda turut nikmati ketika bulan yang mulia ini!

  

Resipi 1: Tepung Pelita

  

Bahan-bahan (hidangan 8 orang)

 

Daun pisang
80 gula melaka

 

Lapisan bawah
8 helai daun pandan
475 ml air
50 g tepung beras

 

Lapisan atas
30g tepung beras
250 ml santan kelapa pekat
Garam, secukup rasa

 

Cara Penyediaan:

 

Penyediaan: 20 minit
Masak: 30 minit
Jangka siap: 50 minit

 

1.Sediakan petak dengan memasukkan daun pisang ke dalam bekas empat segi bersaiz 7 x 10 cm, lipat dan stapler atau kemaskan dengan pencungkil gigi.
2.Susun petak daun pisang ke dalam rak kukus. Masukkan 1 sudu the gula dalam setiap petak.
3. Untuk lapisan bawah: Kisar daun pandan dengan air, kemudian kumpulkan jus. Guna mesin pemerah jus, jika ada.
4. Masak jus pandan bersama tepung beras di dalam periuk dan kacau sehingga sebati. Tutup periuk dan gunakan api yang sederhana sambil dikacau sehingga pekat.
5. Isi campuran menggunakan sudu ke dalam petak daun pisang. Stim selama 15 minit sehingga lapisan bawah masak.
6. Masukkan bahan-bahan untuk lapisan atas ke dalam periuk dan kacau sehingga pekat.
7. Apabila masak, masukkan di atas bahagian bawah petak daun pandan. Stim selama 10 minit. Keluarkan dan sejukkan.

  

Resipi 2: Lemang

Bahan-bahan

 

600 ml beras pulut, dibasuh dan dibuang air
1 tin (400 ml) santan
200 ml air
1 helai daun pandan, diikat
Garam, secukup rasa
Daun pisang
Tali pengikat makanan

Cara Penyediaan:

 

1. Masukkan santan, air, ikatan daun pandan dan garam ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih. Kemudian, masukkan beras pulut dan kacau sehingga nasi telah menyerap semua campuran santan. Tutup api dan biarkan sejuk.
2. Bersihkan daun anda dan baringkan dengan garisan daun dari kiri ke kanan.
3. Bahagikan campuran nasi pulut ke 5 bahagian.
4. Senduk campuran nasi pulut dan masukkan ke dalam daun. Gulung menjadi bentuk silinder dan ikat kedua-dua hujung dengan tali memasak, pastikan juga daun pisang tidak terkoyak.
5. Jerang air dalam periuk sehingga masak, kemudian masukkan bungkusan lemang ke dalam air. Rebus sehingga 20-30 minit untuk pastikan nasi pulut benar-benar masak.
6. Panaskan ketuhar sehingga 180°C (350°F).
7. Pindahkan lemang ke dalam ketuhar dan bakar selama 20-25 minit, sehingga daun pisang kering sedikit.
8. Biarkan sejuk sebelum dipotong.

  

Resipi 3: Putu Piring

Bahan-bahan (hidangan 5-6 ketul)

 

1 cawan tepung beras
3½ sudu teh air
¼ sudu teh garam
6 sudu besar kelapa parut
4 hingga 5 sudu besar gula melaka
Daun pisang, dipotong segi empat (pilihan)

Cara Penyediaan:

 

1. Campurkan tepung beras, garam dan air di dalam mangkuk.
2. Uli tepung dengan jari anda sehingga ia kelihatan seperti serbuk roti.
3. Kemudian tapis tepung beras yang basah dengan bantuan spatula.
4. Gunakan pengukus dengan suhu tertinggi. Apabila air mendidih, kurangkan suhu kepada sederhana.
5.Masukkan 1 hingga 1½ sudu besar tepung beras ke dalam acuan.
6. Tambahkan 1½ sudu besar gula melaka yang telah diparut, kemudian tutup dengan 1 hingga 1 ½ sudu besar tepung beras.
7. Tekan tepung dengan lembut ke dalam acuan dan tutup dengan kain muslin.
8. Terbalikkan dan ketuk belakan acuan untuk mengeluarkan tepung beras dan memasukkannya ke dalam kain.
9. Stim selama 2 minit. Keluarkan dan biarkan sejuk.

Tebus sampel Anlene percuma anda sekarang!

Ketahui Lebih Lanjut