Bergerak mengikut Rentak


"You gotta move", begitulah bunyi lirik kumpulan The Rolling Stones. Dan memang benar – muzik sebenarnya membantu anda bergerak dengan lebih! Masih tidak percaya? Rujuklah 3 cara muzik mempengaruhi kita secara positif di bawah!

  • Muzik mempengaruhi pergerakan
    Muzik sememangnya mengasyikkan dan menyebabkan kita semua mahu bergerak mengikut rentak dan nada sesuatu lagu. Kajian menunjukkan bahawa prestasi anda mungkin akan meningkat apabila mendengar nada yang setinggi 145 bpm – tetapi nada yang lebih tinggi daripada 145bpm tidak terbukti dapat memberikan motivasi tambahan.
  • Muzik mempengaruhi emosi anda
    Sesebuah lagu boleh menjadi motivasi yang kuat untuk diri anda jika anda mempunyai kaitan emosi yang kuat yang mungkin didorong oleh memori atau lirik lagu itu sendiri. Jadi tak kiralah kalau anda sedang mendengar lagu rock atau dangdut, yang penting anda menikmatinya!
  • Alihkan perhatian anda dengan muzik
    Muzik boleh menjadikan anda kurang sedar tentang kepenatan fizikal yang anda alami. Jadi bila melakukan aktiviti daripada senaman ringan hinggalah ke senaman berat, mengalihkan perhatian lebih berkesan jika dibandingkan dengan senaman berat. Ia tidak bermakna muzik tidak berkesan untuk senaman berat, muzik boleh menaikkan mood dan mengekalkan keazaman anda!

    Itulah tadi sebab-sebab untuk memainkan lagu anda berulang-ulang! Anda sudah pun berada di landasan yang betul dengan menetapkan pendirian anda untuk bergerak dengan lebih, tetapi sekiranya anda memerlukan rangsangan motivasi, teruskan mainan muzik untuk kekal aktif!

Tebus sampel Anlene percuma anda sekarang!

Ketahui Lebih Lanjut