Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan! Kami memahami bahawa untuk kekal aktif ketika sibuk memang satu cabaran! Jadi berikut merupakan beberapa cadangan untuk menyertakan pergerakan dalam jadual harian anda tanpa mengira di mana anda berada!

Di pejabat

Cuba simpan barang-barang anda di tempat yang berlainan selain meja pejabat anda. Simpan barang-barang di tempat yang jauh dari jangkauan supaya anda mempunyai alasan untuk bergerak sepanjang hari. Sebagai bonus, meja anda akan kelihatan lebih teratur! Anda juga boleh memilih untuk makan di luar, jauh daripada meja pejabat anda. Cuba kunjungi seberapa banyak tempat yang boleh dalam sebulan - rancang supaya setiap perjalanan untuk makan tengah hari lebih jauh daripada sebelumnya!

Di rumah

Kenapa tidak mainkan muzik rancak ketika menyiapkan kerja di rumah? Tubuh anda secara semula jadi turut akan bergerak mengikut rentak muzik yang bersemangat untuk menyapu, menggilap dan mengelap dengan lebih pantas. Menarilah mengikut rentak muzik untuk senaman yang lebih berkesan. Anda juga boleh merancang melakukan tugas-tugas di rumah dari bilik ke bilik, atau bersilih ganti aras supaya anda boleh terus bergerak menaiki tangga.

Berada di luar

Jangan hanya berdiri di eskalator, cuba menaikinya. Atau lebih baik lagi, naiklah tangga jika boleh. Anda juga boleh datang ke pusat beli-belah dengan lebih awal supaya anda boleh bergerak lebih bebas kerana bilangan pengunjung yang sedikit ketika waktu tersebut. Sebagai bonus, anda juga mendapat perhatian penuh daripada para pekedai!

Kami berharap agar pergerakan ini akan menggalakkan anda untuk keluar dan meneruskan pergerakan. Gaya hidup yang aktif tidak hanya terhad di gym dan pada waktu-waktu tertentu sahaja kerana setiap pergerakan sememangnya membantu! Jadi teruskan senaman anda dan jangan lupa untuk menghidangkan segelas ANLENE™ selepas pergerakan harian anda. Dapatkan tulang yang lebih kuat untuk pergerakan yang lebih baik!

Tebus sampel Anlene percuma anda sekarang!